top of page

Doa Neelofa dalam Memohon Rezeki Yang Besar dan Bermanfaat

Writer's picture: Nadiyya's LoveNadiyya's Love

Updated: Aug 8, 2019

Benarlah kata tuan guru saya dahulu, beza taraf hidup seseorang dengan kita adalah tahap ilmu dan amal yang dia tahu tapi kita tak tahu...jelas sekali Neelofa , malah ibunya telah berguru dan mempunyai ilmu yang tinggi dalam memohon doa  bagi menjalani kehidupan seharian hidup mereka sehingga menjadi keluarga yang luar biasa dikurniakan limpah rahmat dan rezeki dariNya.

Saya juga pernah membaca sepotong hadis berkaitan menuntut ilmu:-

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga” (Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith : Orang yang menuntut ilmu akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah SWT, dan mendapat ganjaran Syurga di akhirat kelak.Orang yang berilmu pengetahuan mempunyai kelebihan tertentu kerana ia dapat memberi petunjuk kepada kebaikan dan dapat membezakan yang hak dengan yang batil.Orang yang menuntut ilmu akan dapat memberi faedah kebaikan pada dirinya, masyarakat dan negara. Oleh itu, "inverstment" untuk menuntut ilmu ini tak pernah rugi, pesanan untuk diri saya sendiri juga agar saya akan terus mencari dan mengamalkan segala ilmu yang dipelajari dan dikurniakan demi kebaikkan diri, keluarga, masyarakat, agama , bangsa dan negara. InshaAllah.

Mari sama-sama kita amalkan doa yang telah dikongsikan oleh Neelofa ini demi kebaikkan untuk agama, diri kita, keluarga, orang-orang tersayang dan seluruh alam.




28 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post
  • Facebook
  • Twitter

©2019 by amazingnadia. Proudly created with Wix.com

bottom of page