top of page

"Kolam Jiwa" adalah Magnet Rezeki

Writer's picture: Nadiyya's LoveNadiyya's Love

Updated: Feb 4, 2020

Saya mulakan dengan menulis tentang guru pertama yang mengajar saya untuk memperbetulkan cara hidup, cara berfikir, cara untuk lebih bahagia, cara untuk lebih bersyukur, cara untuk lebih kaya dan cara untuk semakin terus mencari ilmu dan mencari ilmu...beliau adalah Dr.Azizan Osman dialah guru pertama dalam membina "kemahiran kehidupan" yang mengubah saya dan suami dari hidup biasa-biasa ke "hidup luar biasa" walau kami belum ada juta-juta dalam Akaun tapi kami sudah diberi berjuta-juta nikmat kebahagiaan dan kejayaan yang kami syukuri kerana membuat keputusan untuk "Invest" RM998 untuk 2 tiket seminar IMKK beliau pada tahun 2013 ketika itu. Jadi, Apa yang saya dapat selepas seminar itu?


SubhanaAllah, saya dapat banyak perkara yang tak ternilai yang berkat sampai tahun 2020 ini dan saya yakin ia akan terus kekal diberkati hingga akhirat (Amin amin yarabal'alamin). Didalam seminar beliau kami diajar banyak sangat tentang memperbetulkan "alignment" hidup ini, Jaga Solat 5 Waktu itu alignment pertama yang semua orang kena luruskan, antara yang paling berkesan dan yang paling saya pegang adalah tentang "Menjaga Kolam Jiwa" , THE POWER OF SYUKUR, THE POWER OF SEDEKAH DAN THE POWER OF LOVE! berkat dari 3 ilmu ini selepas pada seminar itu saya dikurniakan suami yang setia, mithali dan soleh sehingga harini Alhamdulillah..Sungguh Allah sangat sayang pada kami menemukan seorang guru yang menanam rasa syukur diatas segala nikmat dan kurnia yang diberikan oleh Allah swt kepada kami, membantu mengubah pandangan mata dan hati kami pada apa sahaja ujian atau musibah itu adalah satu hikmah yang Allah simpan untuk digantikan, untuk diberikan yang terbaik dan lebih baik pada waktu yang lebih tepat asalkan kita terus menjaga dan membersihkan "Kolam jiwa" setiap masa.


Kolam jiwa berkait rapat dengan menjaga diri dari berbuat dosa dan menjaga sangkaan, harus sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif, carilah ilmu untuk belajar menjaga sangkaan dan berfikiran positif. Carilah dengan pergi ke seminar-seminar motivasi atau membaca buku-buku motivasi atau dalam islam sendiri Allah sudah mengajar kita untuk sentiasa bersangka baik dan Allah juga mengingatkan kita bahawa dia mengikut sangkaan hambaNYA. Jaga Kolam jiwa agar jangan dengki, jangan iri hati, jangan berburuk sangka pada orang, bersihkan sucikannya dengan zikrullah, sedekah , dan kasih sayang.


THE POWER OF SYUKUR

Simple ingat dan pegang kata-kata ini

" Sesungguhnya jika dengan sedikit engkau bersyukur , maka aku akan tambahkan nikmat padamu, jika engkau kufur maka tunggulah sesungguhnya azabku amat pedih"

kami sangat faham dan terasa sangat dengan hadis ni bila teringat yang kami ditipu hampir lebih RM70K. Maka, jika kita dikurniakan rezeki walau sekecil mana atau sebesar mana "BERSYUKURLAH!" jangan "KUFUR" jangan rasa tak cukup dan tamak, Apa tanda orang bersyukur? RAJIN BERSEDEKAH DAN ORANG YANG BANYAK BERSUJUD PADA PENCIPTANYA (ALLAH SWT) ITU ADALAH TANDA DIA ORANG YANG BERSYUKUR. Barulah rezeki itu berkat dan melimpah ruah saudara.



THE POWER OF SEDEKAH

This is powerful, jangan berhenti jadi pemberi " THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET!" startlah to giving walau sekecil-kecil mana yang kita mampu sehingga akhirnya kita mampu untuk beri lebih banyak dan lebih besar....its true! takkan pernah menjadi semakin miskin dengan memberi dan bersedekah........mungkin adakala kita sedekah wang kita tak digantikan 10xganda atau 100x ganda dengan menerima "amount wang" yang kita sedekahkan tu tapi percayalah Allah memang sentiasa menggantikan apa yang kita keluarkan dengan sesuatu yang sangat dan lebih baik......"Allah ganti kat Lain!" mungkin pada kebahagian dan ketenangan hati kita, anak-anak yang sihat dan cerdik, suami isteri yang tenang dan bahagia, setiap urusan sentiasa dipermudahkan....banyak lagi cara Allah untuk membalas setiap sedekah yang kita keluarkan.....malah jika kita sakit atau ahli keluarga kita sakit pun kita digalakkan salah satunya untuk merawatnya dengan sedekah.

Sedekah is "Healing" penyembuhan untuk banyak perkara yang kita tak tahu tentang masa akan datang...dan apabila kita sudah berjaya menjadi seorang pemberi yang baik maka jadilah juga "PENERIMA" yang baik.....ingat untuk sentiasa sujud padaNYA.

Sesungguhnya sedekah itu juga menghapuskan dosa. Malah salah satu proses penyucian "kolam jiwa".


THE POWER LOVE

When you know about the power of love...seorang suami tidak akan sanggup menyakiti hati atau mencurangi isterinya dan seorang isteri tidak akan sanggup menderhaka kepada suaminya. Jika kita pegang kekuatan The Power of Love kita tidak akan menjadi pengkhianat atau orang yang menghancurkan kebahagiaan orang lain, kita takkan saggup memandang hina pada orang yang lebih rendah pada kita, sedangkan kita tidak tahu pun mungkin waktu itu dia direndahkan dari segi harta atau reputasi tapi sebenarnya dia hamba yang sangat mulia disisi TuhanNya. Berkasih sayanglah......gabungkan segalanya sentiasa berprasangka baik, sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah beri pada kita, bersedekahlah mengikut kemampuan kita apabila melihat ada saudara kita diuji atau orang yang lebih susah dari kita. Sayangilah semua orang ahli keluarga kita, anak-anak kita, isteri, suami, sahabat dan semua makhluk Allah dimuka bumi ini. Love is powerful....Allah memiliki sifat Ar-Rahman dia sangat penyayang dan doa orang yang penyayang ni lebih mudah makbul contohnya doa seorang ibu buat anaknya. Tercalarnya hati seorang ibu pada anak, atau tercalarnya hati isteri pada suami..maka tercalarlah rezekinya..bocorlah rezekinya.....REZEKI TAK SUKA DATANG PADA ORANG YANG "PANAS" maka tenang dan spread your love dengan senyuman selalu.


FEELINGS ARE PRAYER

FEELINGS ARE MAGNET

FEELING TU DIJIWA

MAKA JAGA KOLAM JIWA AGAR IA DAPAT MENARIK

PERKARA-PERKARA YANG BAIK DATANG DALAM HIDUP KITA


TERIMA KASIH TUAN GURU HAJI. DR. AZIZAN OSMAN.

SEMOGA RAHMAT ALLAH SENTIASA MELIMPAHI HIDUPMU DAN SELURUH KETURUNANMU.AMIN YARABAL'ALAMIN


Alhamdulillah selama 7thn ni, dari tinggal dirumah flat 2 bilik berkeluasan kurang dari 600 persegi kepada rumah teres dua tingkat berkeluasan 2300++persegi, dari kereta malaysia dua pintu kepada kereta jepun 4pintu, dan syukur kepada Allah subhanaAllah kami dapat menghantar anak-anak kami belajar disekolah terbaik dikawasan perumahan kami, sekolah rendah integrasi swasta. Alhamdulillah segala puji hanya berhak kepada Allah yang mengaturkan pertemuan ini dan mengurniakan keberkatan dan rahmatNya. Terima kasih kerana setiap kali kami pergi seminar IMKK ketika doa penutup hujan selalu turun merahmati doa seorang guru yang sakit-sakit badannya kerana berdiri lama diatas pentas mengajar. Terima kasih guru. Ya saya sebak ketika menulis ucapan ini. Terima kasih atas doa yang dimakbulkan oleh Allah dari seorang guru yang ikhlas untuk melihat anak muridnya berjaya dan bahagia. SubhanaAllah.


Jagalah alignment dengan Allah, jaga solat fardhu 5 waktu itu...kemudian perlahan-lahan tambahlah dengan solat-solat sunat. Kunci Kejayaan ada pada solat.


Sekarang IMKK dikenali sebagai #NUH NAK UBAH HIDUP!




595 views0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare


Post: Blog2_Post
  • Facebook
  • Twitter

©2019 by amazingnadia. Proudly created with Wix.com

bottom of page