Adakala tak tahu bagaimana nak membantu orang-orang yang kita sayang tak kira saudara atau sahabat semuanya kalau boleh ingin jalan mudah...."transfer duit" masuk akaun saja. Jika kita beri mereka "pancing untuk mengail" ada yang cuba menggunakannya untuk mencari rezeki dan peluang dengan bersungguh dan ikhlas tapi kebanyakkannya hanya menyimpannya sahaja dibucu pintu rumah agaknya. Mungkin "memancing" itu perlukan kesabaran, comot dan memalukan mereka berbanding meminta pinjam wang dengan janji akan membayarnya semula namun adakala langsung lupa untuk membayarnya malah kerap sekali sengaja buat-buat lupa...inilah yang dimaksudkan sesungguhnya manusia itulah yang menzalimi diri mereka sendiri. Melihat orang lain dikurniakan rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah jiwa itu merasa iri hati,sedih, kecewa dan cemburu, namun diri sendiri tidak mahu sedar tindakan dia dan orang yang berjaya itu tak sama.
Saya teringat kiriman e-mail daripada penulis buku terkenal dan jutawan Robert Kiyosaki kepada saya.
Beliau menceritakan tentang dua orang lelaki yang sedang berjalan didalam keadaan mendung yang berangin kencang tiba-tiba ketika mereka berdua sedang berjalan ada sekeping kertas melayang dihadapan mereka dan jatuh dikaki mereka, seorang dari mereka hanya mengabaikannya dan terus bertahan untuk berjalan dalam keadaan angin kencang tersebut, namun seorang lelaki lagi berhenti seketika dan menunduk untuk mengutip kertas yang jatuh dikakinya dan apabila beliau mengambilnya ditangannya adalah wang kertas bernilai 1 juta dollar, adakah lelaki kedua ini bertuah berbanding lelaki pertama tadi? tentunya tidak, kerana kedua-dua lelaki itu telah diberi peluang yang sama hanya salah seorang dari mereka yang membuat tindakan yang berbeza. Adakah kita lelaki yang pertama atau lelaki ke dua?
dan ingatlah tentang hadis berkaitan janganlah berputus asa:-
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Katakanlah: Hai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Az Zumar 39 : 53)
“Ibrahim berkata, “Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat (Kafir)”".(Q.S. Al Hijr: 56)
Saya mendoakan agar kita semua sentiasa sabar,tabah , kuat dan sentiasa berdoa agar dijauhkan dari sikap berputus asa, kecewa , sedih dan malas ingatlah tentang hadis mengenai laranganNya ini.
Allah sentiasa menyayangi hambaNya yang memohon pertolongan , kerana sesungguhnya kasih sayang Allah itu lebih dari kemurkaanNya.
Comments